Tips dan cara merawat luka

Tips dan cara merawat luka. Disini saya akan share macam mana cara merawat luka pada tangan atau kulit supaya tak pedih bila kita buat kerja. Anda boleh rujuk tips dan cara merawat luka disini. Terima kasih.

Resepi dan cara membuat cup cake

Cara 1

Hari ni aku nak share satu petua. Macam mana nak rawat tangan yang luka supaya tak pedih bila kita buat kerja. Macam contoh masa kita tengah hiris bawang kengkadang terhiris tangan. Pastu bila nak sambung masak atau basuh pinggan mulalah rasa macam tak boleh. Pedih.. Kulit dah terbelah.

Masa dulu aku sapu guna ubat gamat. Tapi ubat gamat macam makan masa nak bagi kulit kita bercantum kan. Still lepas sapu ubat gamat bila nak basuh pinggan atau mand,i kat bahagian luka tu rasa pedih-pedih.

Tapi sekarang aku dah tahu satu petua traditional. Mr. edy ajar. So pasni kalau tangan luka lagi tak payah rungsing tak boleh masak. Tak de alasan tak boleh masak.

Petuanya adalah "ambil je getah batang pisang dan sapu rata di tempat luka".

Senang kan. Kalau korang duduk kat bandar tak dapek la den nak tolong. Kena tanya kat jiran india mana tahu diorang nak bagi pokok pisang depan pintu rumah diorang tu.. (",)

Oh ya boleh aplikasikan kat bahagian kulit yang lain. Bukan tangan jer. Uolls tunggu dalam 10 minit bagi kering getah tu then dah boleh buat kerja macam biasa. Gerenti tak pedih tangan punya kalau kena dengan sabun ke air ke...

Cara 2 - Rawatan luka Kecil

i) Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih.

ii) Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan dengan air dan sabun atau antiseptik.

iii) Balut dengan kain bersih atau pembalut bagi mengawal pendarahan.

iv) Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan tekan dengan jari atau tangan.

v) Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih.

vi) Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau, jangan tekan pada luka. Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut.

vii) Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras jantung untuk mengurangkan tekanan, sekiranya luka itu besar dan pendarahan banyak, dapatkan rawatan lanjut. Jangan gunakan teknik Tourniquet kerana ianya lebih memberi mudarat dari kebaikan.

Sekian sahaja tips dan cara merawat luka pada kali ini. Terima kasih.

Source and citation:
http://aziazidah.blogspot.com/2013/06/cara-merawat-tangan-yang-luka.html
http://langkawikedah.wordpress.com/2012/11/30/merawat-luka-kecil-dan-berdarah/

Anda mungkin menyukai:

Cara dan rawatan menghilangkan jerawat dengan mudah dan cepat
Tips dan cara merawat luka
Tips cara kurus turunkan berat badan
Cara hilangkan sakit dan pening kepala

Cleaning an Open Wound 2

Keeping a wound clean is as important as cleaning it the first time. If it seems a wound has become contaminated or dirty after it was been cleaned and dressed, remove the dressing and clean it again. Keeping a wound clean is the best way to avoid infection.

Cleaning an open wound can sometimes cause bleeding to return. The bleeding will be minor and should be easily stopped with direct pressure using a sterile - or at least clean - dressing. Once the bleeding has been stopped, it's time to dress the wound.

No comments:

Post a Comment